ALLEYCATS - in Malay by Malar & Megala (carla)
[ ALLEYCATS - BIOGRAPHY/SEJARAH ]
'Kumpulan Alleycats', memulakan perjalanan seninya pada tahun 1969,Kumpulan ini berasal daripada Pulau Pinang. Ahli kumpulan ini adalah Loganathan Arumugam dan David Arumugam-Nyanyian, Tan Chin Hock -Drum, Shunmugam Arumugam-Gitar utama, Chester Anthony Passerella-saxophone, Khoo Fook Sin-Keyboards, Grenville-keyboards, Frank Ong-Bass Gitar. Alleycats telah menandatangani kontrak bersama Polygrame Records(Philips) pada tahun 1979 untuk melahirkan/mengeluarkan album bersama dengan pertolongan Eric Yeo. Pada ketika itu,Alleycats telah pun bermula menyanyi di kelab-kelab malam di Pulau Pinang.Mereka menyanyi lagu-lagu saduran (cover) daripada penyanyi barat popular seperti Air Supply, Bob Dylan,Beatles,John Lenon,Phill Collins, Bee Gees, Breads, Santana and Paul McCartney dan sebagainya. Apabila membuat album,lagu-lagu mereka mendapat sambutan hangat dalam pasaran.Kesemua lagu yang di cipta daipada komposer yang berwibawa dan semangat yang kuat.Maka lagu-lagu alleycats menjadi lagu 'Nostalgia' sehingga sekarang.Kesemua rakaman lagu di Polygram,Singapura telah di kendalikan oleh Eric Yeo,selaku producer album tersebut.Senikata untuk lagu kumpulan ini adalah hasil ciptaan Wan Ibrahim,M.Nasir,A.Amin Shahab,Bakri Johari,A.Ali,Milda,dan ramai lagi.[click di sini untuk melihat kesemua komposer] Pada Tahun 70 an Alleycats telah ke Hong Kong untuk merakamlan album di dragon studio. Selepas itu,Lion Studio di Singapora adalah bertanggungjawab ke atas semua terbitan album seterusnya. Lagu yang paling popular dan paling berjaya memikat hati pendengar,dalam album pertama adalah, 'SENANDUNG SEMALAM' dan 'JIKA KAU BERCINTA LAGI' .Album ini bertajuk 'Terima Kasih'. *** by jason amo [FEBRUARY 12,1999]